Tuesday, April 29, 2008

Profail Syarikat



Nama syarikat : D Paya Muara Enterprise
No. Pendaftaran : MA0117099-U
Alamat Utama : No. 107 Felda Triang 3, 28300 Triang, Pahang.
Tel/Fax : 09-2469026

Cawangan-cawangan:
No. 1-156 Jalan Rajawali 7,
Taman Tanjung Gading, 84000 Muar, Johor.

Batu 20 Kg. Dato’ Ngah, Bukit Gambir,
84800 Muar, Johor.

Pemilik : Abu Bakar bin Pen
Rosiah binti Ahmad
Zainudin bin Jabar @ M. Sanat

Aktiviti-aktiviti : Penternakan Ikan Air Tawar
Menganjurkan Kursus Perikanan
Pembekal Hasil Pertanian dan Penternakan
Pembenihan Ikan

Modal Berbayar : RM 150,000.00

Bank : CIMB


Objektif Syarikat
D Paya Muara Enterprise merupakan syarikat 100% bumiputera yang menjalankan perniagaan berasaskan pertanian terutamanya Ternakan Ikan Keli Bio dalam sangkar kanvas sejak tahun 2007 dan mempunyai pusat penternakan ikan di Felda Triang 3, Triang, Pahang.
Antara objektif syarikat yang utama adalah :
> Menjayakan projek ternakan ikan halal berskala besar dan bermutu tinggi.
> Memasuki pasaran tempatan dan antarabangsa industri makanan halal.
> Mewujudkan kitaran perniagaan yang lengkap bermula dari pembenihan, penternakan dan pemprosesan makanan berasaskan ikan.
> Menggalakkan penyertaan masyarakat bumiputera dalam projek perikanan secara berkelompok dalam Projek ALPHA.

Syarikat mensasarkan mempunyai 500 unit kolam kanvas dan mengeluarkan sehingga 10 tan ikan keli semusim menjelang 2009.

Aktiviti-aktiviti Lain Syarikat:
Pembenihan Ikan
Menjalankan Kursus Ternakan Ikan Air Tawar
Pembekal dan Pemasangan Kolam Kanvas
Membuat Makanan Ikan
Katering

Keli



NAMA SAINTIFIK : Clarias Gariepinus
NAMA TEMPATAN : Keli Afrika
HABITAT : Air Tawar
MAKANAN : Pallet
PRODUK : Keli Salai, Keli Dalam Tin, Keli Bakar, Masakan Tempatan


KEISTIMEWAAN
1)Ikan keli bio kami diternak dalam kolam kanvas dengan pemakanannya dipastikan HALAL, bebas daripada sebarang bahan kimia dan antibiotik serta sisa haiwan.
2)Penjagaan kualiti air menggunakan kaedah BIOTECH memastikan ikan bebas penyakit, tidak hanyir dan isi ikan lebih kenyal.
3)Tumpuan pemasaran adalah di restoran-restoran. Permintaan terhadap ikan keli negara ketika ini tinggi iaitu mencecah 12,000 kilogram sehari.
4)Kajian saintis juga mendapati ikan keli organik boleh diguna untuk merawat lelah dan buah pinggang selain menguatkan tenaga batin kerana mempunyai Omega 3 dan Omega 6 seperti ikan linang- Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Ahamad Sabki Mahmood

Gambar Tapak Projek 3






Gambar keli dan kolam kanvas

Ikan keli berusia 3 bulan, sedia untuk dipasarkan. Keistimewaan ikan keli kami ialah diternak menggunakan kaedah BIOTECH, ikan tidak hanyir, daging kenyal dan mengandungi Omega 3 dan 6.
Ikan keli hanya di beri makan pallet.
Sebahagian kolam kanvas dalam Fasa 1.


Gambar Tapak Projek 2

Proses membina kolam penapisan air (water filter)
Proses penggredan ikan keli yang berusia 3 bulan. Ini bagi mengasingkan ikan mengikut saiz.

Proses awal pemasangan kolam kanvas.

Keadaan ikan dalam kolam kanvas. Penjagaan rapi diperlukan bagi memastikan ikan kekal sihat dan tumbesarannya seperti dijadualkan.


Gambar Tapak Projek 1